Saturday 24 March 2012

Direct Selling ???

     Assalamualaikum sedara sedari sekalian. Agak lame x mengupdate blog ni. Eheh.. Bese la, banyak komitmen. (konon nye la, pd hal duk dalam bilik membuta je kejenye). Kali ni aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku yang kira interesting la kalau nk dikongsikan 2. Nak tahu selanjutnye? Teruskan bacaan anda ye.


Kursus Lab Minda Keusahawanan :)


     Sebelum 2 aku nk tanya sesuatu dulu. Pernah x time2 korang tgh lepak2 kat warung, kedai makan atau mana-manalah, korang didatangi oleh org yg jual2 produk la, jual itulah, jual inilah? Pernah x? Aku konpem mesti penah punye la. Paling kurang pun hamba2 Allah yg berjual 2 duk ketuk pintu rumah korang semua kan? Bangla yang jual karpet la, sejadah, kain pasang n macam2 lagi la. Haaaa... Ape yang korang semua buat bila korang didatangi oleh individu2 ini? SAH.. Macam2 alasan yang korang sajikan. Kalau yg tgh duk melepak kat kedai2 kopi konpem ckp "maaflah mak cik, pak cik, brader, akak.. saya bawak duit cukup2 untuk bayar secawan teh tarik saya ni ha je". Paling teruk ada yg buat x tau jek. Kalau mereka2 yang kat umah plak dengar je org ketuk pintu pakat ramai2 satu family tahan nafas x bg bunyi satu pun keluar bg menandakan tiada org kat umah. Haha.. Dalam erti kata yg lain, macam2 perangai la ade. Alah.. Aku pun lebih kurang korang jgak la sebelum ni. Tapi skang , insyaAllah aku nk berubah lepas dapat satu pengalaman yang boleh kira terbaik la dalam hidup aku. Kekekeke!!!.


---> menjual dr kereta ke kereta, dr rumah ke rumah


---> kiri kanan barangan utk dijual


USAHA TANGGA KEJAYAAN



     Meh sini aku nk tanya sikit kat korang semua. Di saat dan ketika korang buat x tau atau halau hamba2 Allah yg berjual 2 korang tau x macam mane perasaan mereka? Ha.. Ni aku nk kasi tau sikit. Perasaan mereka ketika itu?? Sedih bai... Kuciwa pon ade. Air muka plak jgn cakap la. Berkecai jatuh terhempas ke bumi. Nak cantum balik pakai gam uhu pon aku rase mmg x kan berjaya punya. Korang semua nk tahu macam mane aku boleh faham perasaan mereka2 tu??? Kalau korang nk tahu aku pernah merasa buat keje2 direct selling neh. Pergghhh.. Meruntun jiwa kalau aku citer. Siyes.. Seumur hidup aku ni, x pernah pon terlintas kat kepala otak aku ni nk buat keje2 menjual ala2 direct selling ni. Fewww... Selisih malaikat 44.

     Korang nak tahu macam mane aku bleh terjebak dalam kancah direct selling ni??? Begini ceritanya...
Sepanjang aku duk kat USM ni, x de satu hari pon yg USM ni x anjur program. Macam-macam program ade. Sukan, Akademik, Islamic, Kebudayaan n mcm2 ag la. Tak ketinggalan program keusahawanan. Haaa.... Yang program keusahawanan ni la yg aku join. Sebenarnya aku bkn minat sgt dengan keusahawanan ni. Aku join pon sebab program ni buat kat Cameron Highland. Tambahan pula, bayaran hanya RM30 utk t-shirt. Yg lain semua ditanggung. Sape x nak beb.. Menyesal sampai ke mati kalau x pergi. Time aku decide nk g 2 aku bajek aktiviti just dgr2 ceramah pasal keusahawanan ni jek. RUPA-RUPANYA....... Disuruhnya aku (senang ckp semua peserta la) berjual kat area Tanah Rata & Brinchang kt Cameron Highland ni. Tak ke haru jadi nya aku ? Aku mane pnah buat keje2 sebegini rupa. Separuh mati aku dibuatnya. Barang2 jualan penganjur provide n seawal jam 9 pagi kami dicampakkan ke daerah asing ini utk menjalankan aktiviti jualan. Pergghhh.. Dengar2 arahan selanjutnya kena pastikan semua barang yg diberi habis dijual dan kene sampai ke hotel tempat aku n the geng menginap sblm jam 4 ptg. Tambahan pulak kami pergi berjual 2 sehelai sepinggang der. Hanya dibenarkan bawak diri n brg2 jualan. Duit n handpon pegawai bertugas pegang. CUAK METER aku jgn ckp la time 2.. Meningkat secara mendadak. Hampir terkena penyakit darah tinggi aku. 


     First2 jejak kaki kat area Tanah Rata 2 kepala aku ligat berfikir cam mane nk jual brg2 ni??? Daripada kaki ke bawah sampai kaki ke atas duk pk cam mane nk jual brg2 ni. Aku kene mula kan langkah ni. Kalau x habis barang2 ni aku jual x pasal2 aku balik ke USM jalan kaki. Mampuss.. Memang segan giler la.. Mula2 aku jual kat pengunjung2 yang berada kat area Tanah Rata 2 blake reject. Air muka aku jgn ckp la. Bersepai, berderai jatuh tersembam ke bumi. Malu der biler kene reject ni. Kene marah pon ade. Adoiii.. Time ni la aku teringat semula ape yg pnah aku buat kat hamba2 Allah yg berjual direct selling ni dahulu. Menyesal giler der. Serius, pas ni kalau aku terserempak ngan hamba2 Allah yg buat kerja direct selling ni aku beli semua brg2 beliau. Aduss... Berpeluh-peluh aku menjual ari 2. Mmg satu pengalaman yang aku x kan lupe punya la.. TERBAIK!!!. 


KERJASAMA itu PERLU


PEMENANG : KUMP 8 
Awesome Wei.......

     Alhamdulillah, hasil usaha gigih aku n membe2 aku, group kitorg berjaya jual semua barang. Walaupun byk dugaan masa nk jual barang2 tu tp disebabkan kami berkerjasama alhamdulillah licin barang2 kami dijual. Aku n the geng berjaya sampai ke hotel sblm jam 4 ptg dan plg menggembirakan group aku merupakan group plg awal. Hahaha.. WOW !! UNBELIEVABLE!!! ^ ^  .. x percaya aku bleh menjadi secemerlang itu.. hahah.. Keesokan harinya group aku ditabalkan sebagai johan.. Dapat RM 500 der.. Tak sia2 la aku g menebalkan muka aku yg mmg da sedia tebal ni p ketuk rumah2 penduduk di Tanah Rata promote n suh dorg beli.. gahahahaha.. USAHA TANGGA KEJAYAAN.. pasti 2.. 





     So kat sini, sebenornye aku just nk citer pasal pengalaman aku jek.. Berkongsi sesama kita ni x salah kan. Hehehe.. Lagi satu kita ni kene hormat-menghormati org lain la. Org yg keje menjual cara jualan langsung ni pon manusia jgak. Kalau kita x nak beli @ dalam erti kata lain x mampu nk beli brg yg dijual oleh hamba2 Allah ni cakap la elok2. Tak perlu nk marah2 n halau2 mereka ni. Mereka pun manusia biasa yg berkorban demi sesuap nasi. Haa.... Lagi satu aku nk habaq mai... Macam 2 la permulaan seseorang USAHAWAN. Tak de usahawan yg kite tgok skang ni semua berjaya2 terus je naik mendadak jd jutawan. Tak de derrrr.. Lain lah kalau perniagaan 2 warisan keluarga ye dok. Kebanyakan daripada usahawan2 berjaya sekarang semua nya bermula dr bawah. Mendiang Lim Goh Tong, Jutawan Robert Kuok n ramai lagi la.. Semua nya bermula dari asas. So, hormat menghormatilah sesama kita yek. Tak mustahil org yg kita maki n halau hari ni mampu berdiri sebaris dgn usahawan2 berjaya sekarang dan mampu bergelar jutawan. Time 2 gerenti mulut kita ternganga luas. Silap hari bulan x tutup2 da. Semua nasihat ni pun utk peringatan bg diri saya jgak. Hehehe.. Same2 la kita nasihat menasihati k. 


Kenangan dan pengalaman TERBAIK ( ", )


p/s : Aku nk ucap terima kasih la bebanyak kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yg mengeluarkan dana bg menjalankan program Lab Minda Keusahawanan ni. Satu program yg sgt baik. Mahasiswa & mahasisiwi sepatutnya tidak memandang remeh mengenai kursus sebegini. Aku pun nk ucap bebanyak terima kasih kepada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Sahsiah Pelajar USM yg bertungkus lumus menjayakan program ni. Program ni banyak memberi pengalaman baru kepada aku dan rakan2. Jasa dikenang. InsyaAllah ada rezeki bergelar usahawan jgak aku satu hari nti.. hehehe. Akhir kata, PENGALAMAN ITU MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN SEBENAR !!!

2 comments:

  1. Dah pernah rasa dah k.belle. Memang haru rasanya bila kita tak dapat habiskan barang pastu agi satu, malu giler weyh tyme nk jual uh... tmbh lak owg wat muka pelik. JAM ! pi tue semua pengalaman.

    ReplyDelete
  2. relax. usaha tangga kejayaan. fighting!

    ReplyDelete