Friday 28 March 2014

Maaf! Aku coret kenangan duka dalam kamus hidup kau.

Menggeletar tangan saat terbaca tweet2 nya. Sama seperti perasaan semasa aku baca titipan di blognya. Hari ini jugak aku tahu dia da unfollow kedua-dua acc twitter aku. Sedih! 

*****

Mungkin jodoh kami tak panjang. Allah dah aturkan sampai di sini sahaja persahabatan kami. Aku tahu, mungkin semua ni salah aku jugak. Katanya, aku makin menjauh. Itu aku tak pasti. Pada aku, dia yang kelihatan menjauh. Aku tanya masalahnya. Tapi tiada balasan. Mungkin dia lebih suka mendiamkan diri. Aku ringankan tangan menaip perkhabaran di mesej dan laman sosial dengan harapan dia mungkin akan berkongsi masalah dan juga dengan harapan besar semoga hubungan persahabatan kami kembali seperti dulu. Tapi tak dibalas. Mungkin dia da putus asa dengan aku. Aku tak tahu apa di fikirannya mengenai aku. Tapi bagi aku dia antara sahabat terbaik yang hadir dalam kamus hidup aku. Kehadiran dia banyak mencoret kenangan gelak tawa dalam kamus hidup aku. Dia insan yang penuh dengan idea lawak yang sering buat aku tersenyum. Kadang-kadang hanya dengan mengulang baca perbualan kami di twitter dan facebook sudah cukup untuk buat aku senyum sorang2.

*****

Semasa sekolah tiada masalah. Tapi semua berubah apabila aku mula kenal dengan kawan-kawan dia. Dia merasakan aku sebagai perampas kawan-kawan dia. Agak kecil hati semasa membaca coretan mengenai hal ini di blognya. Tapi aku positifkan diri. Aku tak pernah terfikir yang dia akan beranggapan sebegitu pada aku. Bagi aku, aku ikhlas berkawan. Ya lah, itu hanya pendapat aku. Aku manusia biasa. Melakukan kesalahan dalam sedar dan juga tidak. Aku tertanya-tanya, apa yang dia fikir mengenai aku semasa kami lepak bersama. Aku risau. Aku bimbang. 

*****

Tak pe lah. Aku terima je semua ni. Aku tahu benda ni terjadi pun sebab kelemahan aku. Aku mohon maaf sebab aku da coret kenangan duka dalam kamus hidup kau. Terima kasih sebab banyak coret kenangan manis dan bahagia dalam kamus hidup aku. Aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Aku tahu kau boleh. Usaha lebih dan ubah nasib diri dan keluarga kau. Jangan terlalu merendah diri. Pada aku, kau ada banyak kelebihan. Jangan selalu merasakan diri sendiri lemah dan tidak bernasib baik. Aku yakin Allah dah aturkan perancangan yang terbaik untuk kau. Allah selalu mendatangkan dugaan pada hambanya sebab Dia sayang kan hambanya. Kau kene kuat okay setiap kali masalah melanda. Selesaikan dengan baik. Jadi anak yang baik. Aku yakin mak kau sayangkan kau, tapi berlainan cara dia tunjukkan. Jadi kakak yang baik dan jadi hambaNya yang baik. Kenal pasti cita-cita kau dan cuba kejar. Semoga kejayaan milik kau satu hari nanti. Good Luck sahabat. Terima kasih untuk segalanya. Maaf untuk segalanya.

The End.

No comments:

Post a Comment