A song by Demi Lovato.
The world comes to life and everything's bright
The world comes to life and everything's bright
Ya, kita kawan.
Tapi tak bermakna, kau boleh buat apa-apa sahaja yg kau suka pada aku.
Ya, kita kawan, kita rapat.
Tapi tak bermakna kau boleh sesuka hati pijak perasaan aku.
Tak bermakna kau boleh marah sesuka hati kau.
Ya, kita kawan, kita rapat.
Tapi tak bermakna kau boleh buat keputusan untuk aku.
Tak bermakna aku perlu ikut telunjuk kau.
Tiket 'kawan' antara kita tak bermakna kau dibenarkan buat apa sahaja yang kau suka.
Tak bermakna tak perlu dijaga hati aku.
Jangan melakukan sesuka hati kau dalam berkawan.
Terus melatah bila kemahuan kau tak terikuti.
Aku ada masa aku sendiri, yang kadang-kadang perlu bersendiri.
Jangan memaksa dalam berkawan.
Cuba fahami situasi masing-masing.
Ya, kita kawan kita rapat.
Tapi jagalah hati aku seperti mana aku jaga hati kau.
Jangan buat aku sedih mengenang sikap kau.
Ya, tiada siapa sempurna. Aku juga tak lari daripada buat kesilapan.
Tapi aku mohon secebis timbang rasa daripada kau.
Satu je impian aku.
'Pergi' dulu sebelum kedua org tua dan keluarga aku yang lain.
Tak terbayang sakitnya penderitaan kehilangan. Cukup seorang yang pergi dulu sebelum aku.
Aku mohon pada Dia, bagi aku masa untuk balas segalanya sebelum aku pergi.
Pergi dalam keadaan tiada hutang budi. Langsai kesemua.
Itu impian aku ....