Sunday, 7 October 2012

Status? tinggi sangat ke status kau.. ?

uih uih... Assalamualaikum.
Lama tak mengarut kat sini.. bersawang habis .. anai-anai pon ade.
Semenjak dua menjak ni malas sikit nak menulis apa-apa.. Mood aku x berapa nak ade. Entah da berhibernasi ke mane entah. Ahh.. sudah sudah.. abaikan perkara itu.

*****

Alhamdulillah, aku da naik sem 3, tahun 2 d USM sekarang. Banyak hal da berubah. Jadual da berubah. Status pon da berubah. Haaa.. Jangan fikir lain. Status aku skang da up sikit. Da jadi senior weh. hebat tak? Boleh lah nak riak-riak sikit kan. Jumpa junior, buat muka ketat. Kasi mereka-mereka gementar sikit. Baru power. Ehee.. Aku gurau ja aihh.. Aku lah satu-satunya senior yang paling baik alaf ini. Cayolah.

*****

Hah! Cakap pasal status ni aku nk kongsi sikit lah kemusykilan aku terhadap sikap manusia yg suka sangat bergaul dengan orang lain berdasarkan status. Aku tak nak citer yang pasal status kaya raya tuh. Aku nak cakap pasal status tua muda ok. Kadang2 aku tgok, ngan org tua pon semacam je kurang ajau nya. Aku ni bukan lah baik mane pon. Tapi setakat ni aku x de lg kurang hajo ngan org yg lebih tua dengan aku. Adik aku je ade lah kurang hajo ngan aku. Tu aku tak boleh nk buat ape lah kan. Nanti aku try nasihatkan dia.

*****

Dekat alam kampus la pulak kan? Aku tengok kebanyakan student-student ni kurang sikit hormat org tua. Contohnya, mak cik - mak cik dan pak cik- pak cik cleaner kat kolej depa. Amboi.. perangai buruk benor. Tak de rasa hormat langsung. Paling kurang lemparkan lah senyuman pada mereka. Kot kot hilang sikit penat mereka yg da tolong cuci jamban depa, tolong mop lantai depan bilik depa, tolong kutip sampah depa.  Aishhh.. Nama je orang Melayu yang dikatakan bersopan santun dan bertata susila. Tapi hakikatnya hampeh. Aku cakap ni bukan lah semua. Ada lah segelintir tu kan. 

*****

Kat kolej aku ni pon berlambak aku tengok yang sombong nya. Bukan setakat senior je, junior pon ade. Amboi bukan main. Aku punya lah senyum sampai ke telinga bila berselisih jalan dengan hampa. Hampa balas dengan jelingan ?? What the Smurf!. Kalau ikutkan hati aku yang panas lagi membara ni, nak je aku congkel-congkel bijik mata hampa semua dengan garpu. Puas hati aku. Boleh jugak buat aksi cam dalam citer Kasim Selamat tu kan. Tak ade faedah pon woi hampa semua nk menyombong tak bertempat cam tu. Menambah kebencian orang ade lah. Sedar lah hampa2 semua na. 

*****

Meh sini aku nk habaq mai kat hampa semua. Tak de guna kalau Melayu pada nama jek, perangai huru hara, lintang pungkang. Hang tu sapa? Anak raja? Anak menteri ? Anak raja pon duk belajaq protokol, adab  hari-hari. Fikir-fikir kan lah. Bukan susah pon. Tak kene bayar pon woi. FOC! Ganjaran pahala hang pon bertambah. 

*****

Ni ade satu cerita aku nk cerita kat hampa semua. Cuti Semester yang lepas aku p melawat hostel lama aku dulu. Kat Nilai, Negeri Sembilan. Seronok weh, dapat jumpa depa semua warga Kolej Ilmu. Aku mmg excited lah nk jumpa warden2 and pegawai2 Kolej Ilmu aku dulu. Encik Kadir, Ibu Zaimah, Umie Salome & Ustaz Zaki. Mana tak seronoknya. Nak jumpa depa2 yg da penat menjaga aku dulu, mendidik aku jd manusia skang. Excited bnor! 

*****

Satu pagi yang hening lagi pening aku turun ke pejabat pengurusan Kolej Ilmu PNB. Nak melawat lah kononnya. Then aku lepak ngan Encik Kadir kat ruang tamu pejabat tu. Nak dijadikan cerita time aku berborak dengan Encik Kadir, beliau ade menceritakan kekesalan, kekecewaan dan yang seumpama dengan nya lah kat aku. Ade sesetengah bekas pelajar Kolej Ilmu ni bila da berjaya, bukan main sombong lagi. Biase ah, keje pangkat tinggi kot. Mane tak gah kan. Cara percakapan, perlakuan semua da berubah. Amboii.. Berlagak na. Oleh itu,  Encik Kadir agak terasa di situ. Mana taknya, dari hampa masih berhingus Encik Kadir da jaga hampa semua kan. Walaupun beliau hanyalah sebagai pegawai kat hostel tu, tapi beliau antara orang yang paling banyak tahu pasal hampa. Hampa bukan main menyombong. Bagi akulah, Encik Kadir tu antara orang yang paling aku hormati. Beliau banyak berjasa pada aku dan Kolej Ilmu. Hampa semua sedar lah diri sikit. Tak ke mana jugak hampa semua ni kalau menyombong tak bertempat. 

*****

P/S : Aku x de lah baik sangat. Tapi aku berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Semat kat kepala, tak kira lah kita ni siapa sekali pun. Orang yang lebih tua dari kita , kita kene hormat. Senang citer hormat-menghormati lah sesama kita. Tak kira lah ape status sekali pon.. muda ke, tua ke, lain agama ke ape ke kan. Tak susah pun. Senyum pon da cukup. uiii.. ganjaran pahala yang menunggu tu banyak oiii. Bila kita hormat orang ni. mana-mana kita pergi pun InsyaAllah akan ade orang yang hormat kita.


Kita menghormati orang, Orang akan menghormati kita.


What You Give, You Get Back. Remember that!!! 

No comments:

Post a Comment