Sunday, 7 October 2012

Status? tinggi sangat ke status kau.. ?

uih uih... Assalamualaikum.
Lama tak mengarut kat sini.. bersawang habis .. anai-anai pon ade.
Semenjak dua menjak ni malas sikit nak menulis apa-apa.. Mood aku x berapa nak ade. Entah da berhibernasi ke mane entah. Ahh.. sudah sudah.. abaikan perkara itu.

*****

Alhamdulillah, aku da naik sem 3, tahun 2 d USM sekarang. Banyak hal da berubah. Jadual da berubah. Status pon da berubah. Haaa.. Jangan fikir lain. Status aku skang da up sikit. Da jadi senior weh. hebat tak? Boleh lah nak riak-riak sikit kan. Jumpa junior, buat muka ketat. Kasi mereka-mereka gementar sikit. Baru power. Ehee.. Aku gurau ja aihh.. Aku lah satu-satunya senior yang paling baik alaf ini. Cayolah.

*****

Hah! Cakap pasal status ni aku nk kongsi sikit lah kemusykilan aku terhadap sikap manusia yg suka sangat bergaul dengan orang lain berdasarkan status. Aku tak nak citer yang pasal status kaya raya tuh. Aku nak cakap pasal status tua muda ok. Kadang2 aku tgok, ngan org tua pon semacam je kurang ajau nya. Aku ni bukan lah baik mane pon. Tapi setakat ni aku x de lg kurang hajo ngan org yg lebih tua dengan aku. Adik aku je ade lah kurang hajo ngan aku. Tu aku tak boleh nk buat ape lah kan. Nanti aku try nasihatkan dia.

*****

Dekat alam kampus la pulak kan? Aku tengok kebanyakan student-student ni kurang sikit hormat org tua. Contohnya, mak cik - mak cik dan pak cik- pak cik cleaner kat kolej depa. Amboi.. perangai buruk benor. Tak de rasa hormat langsung. Paling kurang lemparkan lah senyuman pada mereka. Kot kot hilang sikit penat mereka yg da tolong cuci jamban depa, tolong mop lantai depan bilik depa, tolong kutip sampah depa.  Aishhh.. Nama je orang Melayu yang dikatakan bersopan santun dan bertata susila. Tapi hakikatnya hampeh. Aku cakap ni bukan lah semua. Ada lah segelintir tu kan. 

*****

Kat kolej aku ni pon berlambak aku tengok yang sombong nya. Bukan setakat senior je, junior pon ade. Amboi bukan main. Aku punya lah senyum sampai ke telinga bila berselisih jalan dengan hampa. Hampa balas dengan jelingan ?? What the Smurf!. Kalau ikutkan hati aku yang panas lagi membara ni, nak je aku congkel-congkel bijik mata hampa semua dengan garpu. Puas hati aku. Boleh jugak buat aksi cam dalam citer Kasim Selamat tu kan. Tak ade faedah pon woi hampa semua nk menyombong tak bertempat cam tu. Menambah kebencian orang ade lah. Sedar lah hampa2 semua na. 

*****

Meh sini aku nk habaq mai kat hampa semua. Tak de guna kalau Melayu pada nama jek, perangai huru hara, lintang pungkang. Hang tu sapa? Anak raja? Anak menteri ? Anak raja pon duk belajaq protokol, adab  hari-hari. Fikir-fikir kan lah. Bukan susah pon. Tak kene bayar pon woi. FOC! Ganjaran pahala hang pon bertambah. 

*****

Ni ade satu cerita aku nk cerita kat hampa semua. Cuti Semester yang lepas aku p melawat hostel lama aku dulu. Kat Nilai, Negeri Sembilan. Seronok weh, dapat jumpa depa semua warga Kolej Ilmu. Aku mmg excited lah nk jumpa warden2 and pegawai2 Kolej Ilmu aku dulu. Encik Kadir, Ibu Zaimah, Umie Salome & Ustaz Zaki. Mana tak seronoknya. Nak jumpa depa2 yg da penat menjaga aku dulu, mendidik aku jd manusia skang. Excited bnor! 

*****

Satu pagi yang hening lagi pening aku turun ke pejabat pengurusan Kolej Ilmu PNB. Nak melawat lah kononnya. Then aku lepak ngan Encik Kadir kat ruang tamu pejabat tu. Nak dijadikan cerita time aku berborak dengan Encik Kadir, beliau ade menceritakan kekesalan, kekecewaan dan yang seumpama dengan nya lah kat aku. Ade sesetengah bekas pelajar Kolej Ilmu ni bila da berjaya, bukan main sombong lagi. Biase ah, keje pangkat tinggi kot. Mane tak gah kan. Cara percakapan, perlakuan semua da berubah. Amboii.. Berlagak na. Oleh itu,  Encik Kadir agak terasa di situ. Mana taknya, dari hampa masih berhingus Encik Kadir da jaga hampa semua kan. Walaupun beliau hanyalah sebagai pegawai kat hostel tu, tapi beliau antara orang yang paling banyak tahu pasal hampa. Hampa bukan main menyombong. Bagi akulah, Encik Kadir tu antara orang yang paling aku hormati. Beliau banyak berjasa pada aku dan Kolej Ilmu. Hampa semua sedar lah diri sikit. Tak ke mana jugak hampa semua ni kalau menyombong tak bertempat. 

*****

P/S : Aku x de lah baik sangat. Tapi aku berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Semat kat kepala, tak kira lah kita ni siapa sekali pun. Orang yang lebih tua dari kita , kita kene hormat. Senang citer hormat-menghormati lah sesama kita. Tak kira lah ape status sekali pon.. muda ke, tua ke, lain agama ke ape ke kan. Tak susah pun. Senyum pon da cukup. uiii.. ganjaran pahala yang menunggu tu banyak oiii. Bila kita hormat orang ni. mana-mana kita pergi pun InsyaAllah akan ade orang yang hormat kita.


Kita menghormati orang, Orang akan menghormati kita.


What You Give, You Get Back. Remember that!!! 

Saturday, 24 March 2012

Direct Selling ???

     Assalamualaikum sedara sedari sekalian. Agak lame x mengupdate blog ni. Eheh.. Bese la, banyak komitmen. (konon nye la, pd hal duk dalam bilik membuta je kejenye). Kali ni aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku yang kira interesting la kalau nk dikongsikan 2. Nak tahu selanjutnye? Teruskan bacaan anda ye.


Kursus Lab Minda Keusahawanan :)


     Sebelum 2 aku nk tanya sesuatu dulu. Pernah x time2 korang tgh lepak2 kat warung, kedai makan atau mana-manalah, korang didatangi oleh org yg jual2 produk la, jual itulah, jual inilah? Pernah x? Aku konpem mesti penah punye la. Paling kurang pun hamba2 Allah yg berjual 2 duk ketuk pintu rumah korang semua kan? Bangla yang jual karpet la, sejadah, kain pasang n macam2 lagi la. Haaaa... Ape yang korang semua buat bila korang didatangi oleh individu2 ini? SAH.. Macam2 alasan yang korang sajikan. Kalau yg tgh duk melepak kat kedai2 kopi konpem ckp "maaflah mak cik, pak cik, brader, akak.. saya bawak duit cukup2 untuk bayar secawan teh tarik saya ni ha je". Paling teruk ada yg buat x tau jek. Kalau mereka2 yang kat umah plak dengar je org ketuk pintu pakat ramai2 satu family tahan nafas x bg bunyi satu pun keluar bg menandakan tiada org kat umah. Haha.. Dalam erti kata yg lain, macam2 perangai la ade. Alah.. Aku pun lebih kurang korang jgak la sebelum ni. Tapi skang , insyaAllah aku nk berubah lepas dapat satu pengalaman yang boleh kira terbaik la dalam hidup aku. Kekekeke!!!.


---> menjual dr kereta ke kereta, dr rumah ke rumah


---> kiri kanan barangan utk dijual


USAHA TANGGA KEJAYAAN



     Meh sini aku nk tanya sikit kat korang semua. Di saat dan ketika korang buat x tau atau halau hamba2 Allah yg berjual 2 korang tau x macam mane perasaan mereka? Ha.. Ni aku nk kasi tau sikit. Perasaan mereka ketika itu?? Sedih bai... Kuciwa pon ade. Air muka plak jgn cakap la. Berkecai jatuh terhempas ke bumi. Nak cantum balik pakai gam uhu pon aku rase mmg x kan berjaya punya. Korang semua nk tahu macam mane aku boleh faham perasaan mereka2 tu??? Kalau korang nk tahu aku pernah merasa buat keje2 direct selling neh. Pergghhh.. Meruntun jiwa kalau aku citer. Siyes.. Seumur hidup aku ni, x pernah pon terlintas kat kepala otak aku ni nk buat keje2 menjual ala2 direct selling ni. Fewww... Selisih malaikat 44.

     Korang nak tahu macam mane aku bleh terjebak dalam kancah direct selling ni??? Begini ceritanya...
Sepanjang aku duk kat USM ni, x de satu hari pon yg USM ni x anjur program. Macam-macam program ade. Sukan, Akademik, Islamic, Kebudayaan n mcm2 ag la. Tak ketinggalan program keusahawanan. Haaa.... Yang program keusahawanan ni la yg aku join. Sebenarnya aku bkn minat sgt dengan keusahawanan ni. Aku join pon sebab program ni buat kat Cameron Highland. Tambahan pula, bayaran hanya RM30 utk t-shirt. Yg lain semua ditanggung. Sape x nak beb.. Menyesal sampai ke mati kalau x pergi. Time aku decide nk g 2 aku bajek aktiviti just dgr2 ceramah pasal keusahawanan ni jek. RUPA-RUPANYA....... Disuruhnya aku (senang ckp semua peserta la) berjual kat area Tanah Rata & Brinchang kt Cameron Highland ni. Tak ke haru jadi nya aku ? Aku mane pnah buat keje2 sebegini rupa. Separuh mati aku dibuatnya. Barang2 jualan penganjur provide n seawal jam 9 pagi kami dicampakkan ke daerah asing ini utk menjalankan aktiviti jualan. Pergghhh.. Dengar2 arahan selanjutnya kena pastikan semua barang yg diberi habis dijual dan kene sampai ke hotel tempat aku n the geng menginap sblm jam 4 ptg. Tambahan pulak kami pergi berjual 2 sehelai sepinggang der. Hanya dibenarkan bawak diri n brg2 jualan. Duit n handpon pegawai bertugas pegang. CUAK METER aku jgn ckp la time 2.. Meningkat secara mendadak. Hampir terkena penyakit darah tinggi aku. 


     First2 jejak kaki kat area Tanah Rata 2 kepala aku ligat berfikir cam mane nk jual brg2 ni??? Daripada kaki ke bawah sampai kaki ke atas duk pk cam mane nk jual brg2 ni. Aku kene mula kan langkah ni. Kalau x habis barang2 ni aku jual x pasal2 aku balik ke USM jalan kaki. Mampuss.. Memang segan giler la.. Mula2 aku jual kat pengunjung2 yang berada kat area Tanah Rata 2 blake reject. Air muka aku jgn ckp la. Bersepai, berderai jatuh tersembam ke bumi. Malu der biler kene reject ni. Kene marah pon ade. Adoiii.. Time ni la aku teringat semula ape yg pnah aku buat kat hamba2 Allah yg berjual direct selling ni dahulu. Menyesal giler der. Serius, pas ni kalau aku terserempak ngan hamba2 Allah yg buat kerja direct selling ni aku beli semua brg2 beliau. Aduss... Berpeluh-peluh aku menjual ari 2. Mmg satu pengalaman yang aku x kan lupe punya la.. TERBAIK!!!. 


KERJASAMA itu PERLU


PEMENANG : KUMP 8 
Awesome Wei.......

     Alhamdulillah, hasil usaha gigih aku n membe2 aku, group kitorg berjaya jual semua barang. Walaupun byk dugaan masa nk jual barang2 tu tp disebabkan kami berkerjasama alhamdulillah licin barang2 kami dijual. Aku n the geng berjaya sampai ke hotel sblm jam 4 ptg dan plg menggembirakan group aku merupakan group plg awal. Hahaha.. WOW !! UNBELIEVABLE!!! ^ ^  .. x percaya aku bleh menjadi secemerlang itu.. hahah.. Keesokan harinya group aku ditabalkan sebagai johan.. Dapat RM 500 der.. Tak sia2 la aku g menebalkan muka aku yg mmg da sedia tebal ni p ketuk rumah2 penduduk di Tanah Rata promote n suh dorg beli.. gahahahaha.. USAHA TANGGA KEJAYAAN.. pasti 2.. 





     So kat sini, sebenornye aku just nk citer pasal pengalaman aku jek.. Berkongsi sesama kita ni x salah kan. Hehehe.. Lagi satu kita ni kene hormat-menghormati org lain la. Org yg keje menjual cara jualan langsung ni pon manusia jgak. Kalau kita x nak beli @ dalam erti kata lain x mampu nk beli brg yg dijual oleh hamba2 Allah ni cakap la elok2. Tak perlu nk marah2 n halau2 mereka ni. Mereka pun manusia biasa yg berkorban demi sesuap nasi. Haa.... Lagi satu aku nk habaq mai... Macam 2 la permulaan seseorang USAHAWAN. Tak de usahawan yg kite tgok skang ni semua berjaya2 terus je naik mendadak jd jutawan. Tak de derrrr.. Lain lah kalau perniagaan 2 warisan keluarga ye dok. Kebanyakan daripada usahawan2 berjaya sekarang semua nya bermula dr bawah. Mendiang Lim Goh Tong, Jutawan Robert Kuok n ramai lagi la.. Semua nya bermula dari asas. So, hormat menghormatilah sesama kita yek. Tak mustahil org yg kita maki n halau hari ni mampu berdiri sebaris dgn usahawan2 berjaya sekarang dan mampu bergelar jutawan. Time 2 gerenti mulut kita ternganga luas. Silap hari bulan x tutup2 da. Semua nasihat ni pun utk peringatan bg diri saya jgak. Hehehe.. Same2 la kita nasihat menasihati k. 


Kenangan dan pengalaman TERBAIK ( ", )


p/s : Aku nk ucap terima kasih la bebanyak kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yg mengeluarkan dana bg menjalankan program Lab Minda Keusahawanan ni. Satu program yg sgt baik. Mahasiswa & mahasisiwi sepatutnya tidak memandang remeh mengenai kursus sebegini. Aku pun nk ucap bebanyak terima kasih kepada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Sahsiah Pelajar USM yg bertungkus lumus menjayakan program ni. Program ni banyak memberi pengalaman baru kepada aku dan rakan2. Jasa dikenang. InsyaAllah ada rezeki bergelar usahawan jgak aku satu hari nti.. hehehe. Akhir kata, PENGALAMAN ITU MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN SEBENAR !!!

Wednesday, 7 March 2012

KAMBING HITAM ???

     Salam.. Ape kabo semua warga alam maya.. Hari ni terdetik plak nk menulis kat sini. Ini semua gara2 assignment aku yg bertimbun dan perlu disubmit dalam kadar yg segera. Tapi nk buat cam mane, otak aku da tepu. Da x leh nk berfikir da. Otak aku da x leh generate idea-idea yg berkualiti da. Kang x pasal-pasal D assignment aku.. Ahaa.. Disebabkan ketepuan otak aku ini lah aku memutuskan utk berhenti seketika dan  mengupdate blog aku malam ni. 

     Belajar ni sebenarnya bende paling penat nk buat. Kalau nk dikira dgn jari tangan n kaki x cukup kot utk dibilang da bpe tahun aku mengabdikan diri dalam alam belajar ni. Tapi tu la ... Zaman da semakin moden n maju. Kalau x blajar alamatnye ketinggalan la kite ni yek. Kadang-kadang terlintas jgak kat kepala ni nk putus asa belajar. Tapi hidup ni x leh pk diri sendiri jek. Aku teringat my mom yg kat kampung tu yg sibuk membanting tulang empat kerat cari rezeki nk suh aku blaja tinggi. Aihhh... Datang semula semangat aku nk belajar. hahha.. Tapi bkn itu cerite nye aku nk kongsi ari ni... Nak tau cerita selanjutnya teruskan bacaan anda.

     Bila da penat sangat belajar ni , mula la aku teringat time2 aku keje dulu. Kalau keje x payah da nak pegang buku tebal2 ni. Pagi masuk keje, petang balik. Tak payah duk pk nk kene buat assignment ini la, ade program itu la n mcm2 lg la.. Ha, berbalik semula ke time2 aku keje dulu.. Biasalah kan sambil2 menunggu result STPM kuar. Bagi mengisi kelapangan masa yg ade aku pon apply la keje. Kebetulan waktu tu result dijangka kuar bln Feb @ Mac. Pastu, dengar2 citer plak tawaran masuk blaja bln September. Tak ke lame tempohnye tu.. Mula-mula tu aku malas gak nk keje. Takut nk keje sebenonye. Kekekeke..^^ Tapi my mom sibuk duk bising suh keje . Bkn my mom je yg bising, hampir semua ahli keluarga aku bising. Sakit telinga aku ni. Bagi menutup mulut mereka2 ni aku pon p la apply keje kat The Store Temerloh utk jd cashier. Hah.. serta merta dapat. Bermula la kerjaya aku sebagai seorang Cashier.. hahaha..

     Nak dijadikan cerita... Pada suatu Ahad yg menceriakan di mana pada hari ahad syif aku adalah 'morning'. kalau syif morning ni masuk keje kul 10 pagi habis keje kul 7 ptg dan keesokan harinya off day aku. Biler hari ahad jek mood aku akan mejadi seceria-cerianya coz boleh balik awal dan esok cuti.. Aku juga akan jadi baik kat semua orang. Tak de la nk tunjuk muka penat tu kat sesape. haha.. Berbalik semula pada suatu ahad tadi, aku tgok jam , da kul 7 ptg.. Yeay!! boleh balik. Aku dgn semangat nye terus naik ke bahagian treasury n ambik barang2 aku. Tapi lepas 2 aku x terus balik umah, Aku putuskan nk masuk The Store jap beli barang sket utk my mom yg kat umah tu. Badge aku tanggalkan n masukkan dalam poket seluar. Aku pon masuk The Store. Time aku lalu kat kaunter tu kebetulan ade sorang pak cik ni sdg menuju ke kaunter dgn troli yg sarat dgn muatannya. Aku cam biasa senyum dan beri laluan. Malangnya, troli pak cik yg terlebih muatan 2 terlanggar rak-rak kat tepi kaunter yg dipenuhi dgn coklat Cadbury & Kit Kat. Ape lagi , berterabur coklat2 tu. terkejut beruk aku. Disebabkan mood yg sgt baik 2, aku pon tolong la kutip coklat2 tu n susun balik kat tempat yg sepatutnya. TAPI!!!! Apa yang membuatkan aku bengang, boleh pulak pak cik tu blah je. Beliau teruskan je perjalanan troli beliau tadi ke kaunter untuk membuat bayaran. On the way, nk ke kaunter tu bleh plak die pandang aku dgn satu pandangan yg menjengkelkan dan sinis. Dan aku boleh baca la dr pandangan die tu seolah-olah cam aku plak yg langgar benda alah tu sampai berteraburan ke bumi. Ikutkan hati aku nk je aku bg tendangan berbisa ke arah pak cik ni. Bknnya nk tolong kutip skali ke , ape ke.. berterima kasih pon tidak. Ade jgak org cam ni kat dunia ni. Mentang2 la aku pakai baju the store ag time tu. So, serah kat aku je la keje2 nk susun semua coklat2 tu. Time tu nk je aku jerit " aku da hbis keje la".. Kalau aku buat semua keje tu ade kira OT x pe jgak... Sabow je la... :(


                                                                   sumber pic : Google Images :)


     Dengan perasaan yg x bpe nk puas hati, aku pon kutip la coklat2 tu. REDHA je la. Dalam hati, tuhan je la yg tau. Time aku duk kutip2 segala benda yg berteraburan, aku terasa cam ade something yg x kene jek. Aku pun angkat kepala mendongak. WOW... BRANCH MANAGER!!! Mati la aku. Time tu aku rase jantung aku da x de dalam badan aku ni. Entah ke mana menghilang. Jantung2!!!.. Tak lame pas tu Manager aku tu terus je blah.. Aku pun kurang pasti kenapa beliau terus je berlalu. Fuuuhhh... LEGA!!! Mungkin beliau nampak segala apa yg berlaku. Tinggi cuak meter aku time tu. Nasib baik la aku x kene ape2.. Kalau aku kene marah la ari tu, mmg aku cari la pak cik tu sampai ke lubang cacing. Akan ku jentik hidung beliau sehingga merah. lahabau btoi... Memang kenangan btol la.. Orang lain punya angkara , aku plak yg kene. Tak pasal2 dapat title " KAMBING HITAM ". Terima kasih la kepada pak cik tu yg bersusah payah menganugerahkan aku dgn gelaran "KAMBING HITAM".

p/s : Hidup ni kene saling hormat-menghormati. Tak kisah la semiskin n sehina mane pun seseorang itu. Selagi die bergelar manusia die selayaknye dihormati. Mungkin kejadian ni berlaku pd aku sbb aku keje kat supermarket jek kot waktu tu. Hidup ni jgn selalu pandang hina pada orang lain. Anyway, PAK CIK oi, saya x ambik hati pun. Semoga pak cik sentiasa sihat2 yek.  :)

Monday, 27 February 2012

KAWAN - LAWAN ???

Hujan lebat di Penang. Macam biasa aku menghabiskan masa aku di bilik ditemani laptop kesayangan aku. Nak tengok TV??? sah2 la x dpt siaran kalau hujan ribut cam ni. Kuali atas bumbung 2 x akan berfungsi punya lah. Hah, berbalik pasal lappy aku, boleh kire ngan jari bpe hari yg aku x kan buka lappy aku ni. Kalau lah bende alah ni boleh bercakap dah berbakul sumpah seranah beliau bg kat aku kot. hahha.. sori la wahai lappy ku syg.. Engkau je yang mampu menghilangkan kebosanan yg melanda neh.

Hari ni tetiba je rase nk kongsi sket pasal kehidupan aku di kampus. Masuk hari ni, da masuk minggu ke dua bg semester 2 aku berada di Kampus Induk USM, Penang. Perasaan aku??? Bercampur aduk. Penat mendaftar subjek mggu lepas x hilang lg. Naik giler aku dibuatnye. Kene pilih kelas yg x bertindih dgn kelas lain. Nk kene daftar tutorial la... ape la... Mmg super duper penat la.. Tambahan plak cuaca kat pulau ni da macam kat gurun da... panas nye terasa hingga ke tulang hitam. hahaha.. Ni aku nk bg tau sket. Biler time2 cam ni la kite dapat tau sape kawan kite n sape yg dtg pd kite time ade masalah jek. Aku mmg cukup touching la ngan sikap kengkawan yg berstatus kawan pd nama jek. Time susah berduyun-duyun dtg mintak tlg. Time sng da x nmpak batang hidung. Tp 2 la kan .. Macam2 org so macam2 perangai la. Anyway, aku still nk berterima kasih la pd sesetengah kawan aku ni yg x lupe aku. Aku mmg respect kalian. Aha.... Insyaallah aku pon tidak akan lupakan kalian masa aku senang. Arigato... :)

So, pd kamu2 yg di luar sana pandai2 la pilih kawan. Tak perlulah cr kwn yg cun melecun, hensem2, kaya raya atau yg seumpama dgnnya. Kalau muka cantik or hensem  mane pon kalau hati x cun x pyhlah. Carilah kawan yg sederhana dalam hidupnya yg sudi hulurkan tgn ketika kite dalam kesusahan kelak. Setakat ni dulu. Kat luar kilat sabung menyabung.. Kang tinggal kenangan plak lappy kesayangan aku ni kene sambar dek petir. Mintak diri dulu. Assalamualaikum..